Pilih Latar Belakang:
Warna Teks:
Saiz Teks:
Dengar Teks:
Panduan W3C:
Sorotan Penting
Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012, Bukit Bunga Tanah Merah, 01 Januari 2012 (Ahad) - Bertempat di Bukit Bunga telah berlangsungnya program Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 Peringkat Jajahan Tanah Merah. Majlis tersebut bermula seawal jam 9.00 pagi dan telah dihadiri oleh YABrs. YDP MD Tanah Merah, Tuan Haji Zamri bin Haji Ismail.
Majlis As-Syura Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan MDTM Kelab Sukan Dan Kebajikan Majlis Daerah Tanah Merah telah mengadakan Majlis Mengacau Bubur Asyura sempena menyambut Maal Hijrah 1433. Majlis ini telah diadakan pada 8 Disember 2011 bersamaan 12 Muharram 1433H bertempat di perkarangan Masjid Ketua Jajahan Tanah Merah.
Semakan Draf Rancangan Tempatan Tanah Merah 2020 Orang awam boleh membuat semakan kepada laporan dan pelan-pelan Rancangan Tempatan Tanah Merah 2020 di pejabat Majlis Daerah Tanah Merah dan Pejabat Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kelantan dalam tempoh publisiti bermula jam 9.00 pagi -5.00 petang (Ahad-Rabu), jam 9.00 pagi - 3.30 petang (Khamis) sepanjang 15 November 2011 hingga 22 Disember 2011.
Tahun Melawat Kelantan adalah langkah yang berkesan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri Kelantan. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?