1. Undang-undang Kecil Haiwan Merayau-rayau 1983
- Undang-undang Kecil Haiwan Merayau-rayau 1983 telah diwartakan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Undang-undang ini berkuatkuasa pada 1 Julai 1976. Undang-undang ini telah memperuntukkan kesalahan sekiranya, pemilik atau penjaga haiwan yang membiarkan atau membenarkan haiwan jagaanya merayau-rayau di tempat-tempat awam.
- Pemberian kuasa menangkap, menahan, menembak dan menyembelih haiwan yang merayau-rayau adalah seperti berikut:
- Yang DiPertua, Setiausaha atau mana-mana pegawai MDTM yang diberi kuasa khas oleh YDP boleh menangkapatau menahan mana-mana haiwan yang merayau-rayau di tempat-tempat awam
- Sekiranya terdapat haiwan yang mengancam kesalamatan orang awam, ia boleh di tembak atau disembelih dan menghapuskan bangkai haiwan tersebut mengikut prosedur dan tempat yang ditetapkan oleh YDP dan Setiausaha MDTM.
2. Undang-undang Kecil Mencegah kekotoran 1983
- Undang-undang ini diwartakan pada 1Julai1983. Undang-undang ini ditubuhkan bagi menjaga kebersihan kawasan MDTM. Undang-undang ini terpakai bagi seluruh kawasan MDTM di bawah peruntukan Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
- Antara tindakan-tindakan yang boleh menyebabkan kesalahan adalah seperti berikut:
- Menempatkan, menyimpan, membuang, membenarkan atau menempatkan kekotoran di tempat-tempat awam.
- Mengeringkan bahan-bahan seperti makanan, barang, atau benda ditempat awam.
- Membuang dan menempatkan sampah sarap serta menumpahkan cecair yang berbahaya seperti darah, air garam, atau bahan-bahan lain yang kotor dan berbau busuk di tempat -tempat awam.
- Membuang, menumpahkan atau menyingkirkan apa-apa jenis kekotoran sama ada di tempat awam serta melalui kenderaan bergerak atau tidak bergerak.
- Membuang atau mengacukan kapur abu, pasir, arang, rambut, kertas yang tidak diguna, bulu, atau bahan-bahan lain sama ada secara perbuatan atau di bawa angin ke tempat-tempat awam.
- Membuang atau meninggalkan barang-barang seperti botol, tin, bekas makanan, pembalut makanan, atau barang-barang lain di tempat-tempat awam.
- Menyimpan, membuang, meninggalkan atau mnempatkan bahan-bahan pembinan, pembersihan atau perobohan bangunan seperti simen, batu, tanag, pasir, kayu dan bahan-bahan lain di tempat-tempat awam. Di samping itu, pihak yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja berikut yang gagal mengambil langkag-langkah keselamatan serta mengamcam keselamatan, kepentingan serta kesihatan orang awam.