MENU

MAKLUMAN.

Majlis Daerah Tanah Merah, dengan kerjasama Alam Flora dan Pihak Berkuasa Tempatan yang lain akan melakukan kerja pembersihan pasca banjir di seluruh kawasan Tanah Merah mengikut zon yang telah ditetapkan. Oleh itu, masyarakat dipohon untuk mengasingkan barangan yang ingin dibuang. Mengumpul dan mengikat kemas sampah-sampah kecil  ke dalam beg plastik. Mengalihkan kenderaan ke kawasan lapang apabila jentera kebersihan mula memasuki kawasan kediaman anda. Memberi kerjasama kepada petugas kebersihan untuk mempercepatkan proses pembersihan.

Bantulah Kami Untuk Membantu Anda.

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH TANAH MERAH